Mulakan dengan Bismillah BERKENAAN KAMI ![]() Assalamualaikum. Sejarah penubuhan Sekolah Agama Bandar Tiram bermula pada tahun 1983 apabila 2 buah bangunan telah dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar dari kawasan persekitaran menimba ilmu pengetahuan terutama ilmu agama. Klik sini untuk lebih lanjut... | Kegembilangan dunia Islam MENEROKA ARKIB ![]() Teroka maklumat lanjut serta artikel berhubung dengan sekolah ini. Ruang ini disediakan sedemikian rupa supaya anda dapat berinteraktif dengan lebih mudah. Untuk seterusnya, sila klik di sini untuk ke Arkib portal ini... | Menjana ilmu INFORMASI TERKINI ![]() Menuntu ilmu adalah kemestian untuk semua umat Islam. Aktiviti harian disamping kelas-kelas formal merupakan pemangkin untuk membangun dan mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang untuk masa hadapan.Baca terus untuk mengetahui perkembangannya |
Mukadimah
“...Mari sama-sama kita lonjakkan sekolah ini...”
Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya buat julung-julung kalinya Sekolah Agama Bandar Tiram dapat mewujudkan laman blog sekolah di persada ict yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan sekaligus dapat menyebarkan maklumat berkaitan sekolah ini.
Selaku Guru Besar yang baru mengambil alih pucuk kepimpinan Sekolah Agama Bandar Tiram merangkap Setiausaha Badan Kebajikan sekolah,saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mentadbir sekolah ini.
Mudah-mudahan segala khidmat dan sumbangan yang bakal dicurahkan kepada anak-anak yang berada
OBJEKTIFdi kawasan ini dapat diterima dan akan menjadi amal jariah yang berkekalan ,pemangkin kegemilangan sekolah serta dapat melahirkan pelajar sebagai anak-anak yang berilmu dan beramal soleh yang dapat meneruskan pahala dan amalan kebajikan kita di dunia. Segala keterlanjuran dan kekurangan samada perilaku ataupun tutur kata,saya dan semua warga Sekolah Agama Bandar Tiram menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf.Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah,guru-guru,para pelajar dan juga ibu bapa sekalian.
Pemangkin kegemilangan sekolah serta pelajar bertakwa dan berilmu



