/
Mulakan dengan Bismillah
BERKENAAN KAMI
Assalamualaikum. Sejarah penubuhan Sekolah Agama Bandar Tiram bermula pada tahun 1983 apabila 2 buah bangunan telah dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar dari kawasan persekitaran menimba ilmu pengetahuan terutama ilmu agama. Klik sini untuk lebih lanjut...
Kegembilangan dunia Islam
MENEROKA ARKIB
Teroka maklumat lanjut serta artikel berhubung dengan sekolah ini. Ruang ini disediakan sedemikian rupa supaya anda dapat berinteraktif dengan lebih mudah. Untuk seterusnya, sila klik di sini untuk ke Arkib portal ini...
Menjana ilmu
INFORMASI TERKINI
Menuntu ilmu adalah kemestian untuk semua umat Islam. Aktiviti harian disamping kelas-kelas formal merupakan pemangkin untuk membangun dan mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang untuk masa hadapan.Baca terus untuk mengetahui perkembangannya


SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Agama Bandar Tiram pada asalnya mempunyai dua buah blok.Bangunan yang dibina pada tahun 1983 dan seterusnya dapat diguna pakai sebagai sekolah untuk anak-anak menimba ilmu pengetahuan pada tahun berikutnya.

Sekolah ini menjadi medan guru-guru mencurahkan ilmu pengetahuan dan murid-murid menimba ilmu pengetahuan agar pada satu masa nanti mereka akan menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti bukan sahaja pada Negara,keluarga,agama malah diri sendiri.Mudah-mudahan usaha murni guru-guru sekolah ini akan membuahkan hasil yang lumayan pada suatu hari nanti dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredaan Allah yang maha esa

Seterusnya pada tahun 2000.Sekolah Agama Bandar Tiram telah mendapat sebuah bangunan tambahan bagi menampung jumlah murid yang kian bertambah ramai dengan sebab bertambahnya pembinaan taman perumahan yang berhampiran. Bangunan ini dibina pada awal bulan mei 2000 dan siap pembinaan sepenuhnya pada pertengahan Mei 2001.

Alhamdulillah kini bangunan tersebut telahpun digunakan dan banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan dengan adanya bangunan baru ini.

Kemudahan yang disediakan pada bangunan baru ini ialah disediakan Bilik Sembahyang,Tandas murid lelaki dan murid perempuan serta stor menyimpan barang barang .

Selain daripada itu tersedia juga dewan bagi sesuatu acara khusus seperti sambutan Maulidur Rasul s.a.w ,Mesyuarat Agung ,majlis penyampaian hadiah pelajaran dan dewan peperiksaan akhir tahun.

Majlis Guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih pada Jabatan Pendidikan Agama yang memberikan kemudahan kepada kami dalam mendidik anak-anak bangsa agar mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya.


DEFINASI DI SEBALIK LAMBANG SEKOLAH





Warna dan LambangPengertian
Warna Merah melambangkanKeberanian Murid dan Pelajar
Warna Kuning melambangkanKerhamonian warganya
Warna Hijau melambangkanTongak dan Kemegahan Islam
Warna Putih melambangkanKesucian dan Kebersihan Islam
Bulan Sabit dan BintangPerpaduan Umat Islam Seluruh Negara
Buku melambangkanKecintaan terhadap Ilmu
Pena melambangkanBijak dan Tajam Pemikiran serta Kreatif


VISI DAN MISI SEKOLAH AGAMA BANDAR TIRAM






VISI SEKOLAH

JATI DIRI KE ARAH INSAN BERKUALITI

MISI SEKOLAH

Membentuk generasi ke arah insan kamil yang mempunyai keterampilan seimbang akademik dan agama, berkeyakinan, produktif, positif untuk kemajuan Bangsa dan Negara seterusnya menjadi pemangkin kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat



PERATURAN DAN LARANGAN DI SEKOLAH





Kawasan sekolah adalah kawasan larangan. Orang awam tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

Jurujual atau wakil daripada syarikat-syarikat perniagaan tidak dibenarkan masuk berurusniaga dengan guru-guru dan murid-murid.

Peniaga-peniaga tidak dibenarkan berniaga di tepi-tepi kawasan sekolah. Murid-murid yang berurusniaga dengan peniaga-peniaga tersebut akan diambil tindakan displin.

Ibu/Bapa/Penjaga murid dan orang awam yang hendak berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid , dikehendaki meminta kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan 1 terlebih dahulu.

Ibu/Bapa/Penjaga murid dan orang awam yang hendak berjumpa dengan guru-guru dan murid-murid, dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada guru-guru.

Elakkan diri anda daripada didakwa, dengan memberikan kerjasama sewajarnya kepada pihak pengurusan sekolah dan kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Dengan perintah Guru Besar Sekolah Agama Bandar Tiram Johor